Assalamualaikum wbt. Hello mommies!
Dekat my last entry, I ada share my experience bila I dapat tahu I pregnant. GETTING PREGNANT? WHAT SHOULD YOU DO? Feel free to read & share your journey juga okie.
In this entry, I nak share pula cara-cara untuk buka buku pink based on my experience, di Klinik Kesihatan (government). Please be reminded that the procedure may be vary based on clinic mana u pergi. I'm sharing here so that mommies at least got an overview on what to do / what to expect next.
1. Consider bila nak buka buku pink
Usually kita akan disyorkan buka buku pink ketika kandungan 6-12 minggu. My experience, I walk in KK untuk set appointment masa 8 minggu, nurse tu cakap still awal, so dia bagi date masa kandungan dah masuk 11 minggu. Basically sebolehnya sebelum 3 bulan tu dah buka buku tau. Jangan tangguh. Lewat buka nanti kena bebel dekat nurse.
2. Book an appointment
Masa nak set first appointment tu, diorang tak accept call appointment, need to walk in ke KK jugak. At the counter cakap nak buka buku pink, then the nurse akan tanya hari pertama period yang lepas, utk calculate u dah berapa weeks. Then she give you the date for first checkup.
Sebab tu penting nya kita sebagai wanita, untuk always record & keep track kita punya period cycle. Either u regular or irregular cycle. Nowadays, technology dah makin maju, banyak je apps untuk track period. Macam I, I pakai apps "Flow". Download je dekat phone. Senang.
3. Dah sampai tarikh appointment, apa step perlu buat?
- During the first checkup date, make sure datang awal tau. Bcs nanti very long queue. Masa masuk, I kena ambil no giliran di kaunter bawah. Then bila no dah panggil, go to counter cakap nak buka buku pink. Bagi IC for registration then she give the other no giliran untuk ke bahagian ibu & anak pula.
- Sampai di bahagian ibu & anak, you can see the bakul over the counter there, put your no dekat bakul ikut waktu appointment u. Mine is at 8am, so I letak dekat bakul 8am. First timer macam I a bit confusing sikit, but no worries, they were very polite & attentive. Tak ada pun yang marah2 or moody2 macam I baca dekat social media. Syukur Alhamdulillah, it went smoothly.
- Once your giliran kena panggil, the nurse at the counter akan bagi slip sticker for you to go to lab for urine & blood test. (First chekcup ni tak perlu puasa pun ok)
- After urine & blood test, wait until giliran you dipanggil untuk jumpa nurse. Once dah panggil, masuk bilik nurse, nurse akan interview your background. Masa ni you need to betul-betul jujur je ok. If ada family history yg ada sakit chronic, kerja apa, ukur tinggi & timbang berat & etc.
- Oh before I lupa, for first checkup ni, u kena bawa (nanti nurse akan remind masa u datang nak buat appointment tu)
- Your ic
- Kad / sijil kawin
- Electricity bill (to confirm your residential address)
- Your first pregnancy scan (if ada)
- Your husband (Need to get HIV test for husband also)
- After dah buka buku pink dengan nurse tu, tunggu untuk jumpa doktor pula. Ingat nya, jangan buang no angka giliran sampai la u keluar dari KK tu. No dah panggil, masuk bilik, jumpa doktor. She did ultrasound scan, awww I can see my baby getting bigger, compared to our first scan.
- After session with doctor, I need to go to bahagian pergigian pula, for dental checkup. If ada any problems, nanti dentist akan advise you.
- After dental checkup, go back to the nurse yg first u jumpa untuk buka buku pink tu. Then she will give you your next date for follow up.
- Since I got family history yg ada diabetes, so I need to minum air gula for 2 times (14 weeks & 24 weeks)
- So my second appointment nanti, I kena minum air gula & follow up with nurse.
Tetapkan tarikh next appointment
Ingat tau, sebelum u keluar je dari bilik nurse tu, make sure รบ dah dapat balik your buku pink & nurse dah bagi tarikh untuk next appointment. Confirmkan juga if any medicine / supplement yang perlu ambil hari tu. Anything, talk to your nurse ok. Diorang semua baik-baik. Jangan malu atau takut-takut.
What to consider bila kena minum air gula?
I read some review dekat social media, ramai juga yang nervous ye nak kena minum air gula. Same as me. Yelah dah kena puasa & tak boleh makan, minum atau muntah pun within 2 jam selepas minum air gula tu. I was expecting air tu manis gila! A day before tu I doa banyak-banyak semoga urusan minum air gula ni dipermudahkan & lancar semua. Bismillah, doa banyak-banyak & tawakkal je.
Actually tertanya-tanya jugak kenapa KKM buat procedure minum air gula ni untuk ibu mengandung. It's actually during our pregnancy, kita punya hormon sometimes akan menganggu penghasilan insulin dalam badan. Fungsi insulin adalah untuk control kandungan gula dalam darah kita. Jadi bila seseorang tu punya insulin tak berfungsi dengan baik, maka akan terlebih lah kandungan gula dalam darah kita, dan itu lah yang orang duk panggil kencing manis atau dalam tempoh pregnancy ni dipanggil Gestational Diabetes Mellitus (GDM).
Bahaya ke kalau dah di diagnose GDM ni? The answer is YES. Ibu mengandung yang mengalami GDM ni mungkin akan menghadapi beberapa risiko, pada ibu & juga bayi dalam kandungan. Antaranya;
- Komplikasi sepanjang kehamilan (jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit)
- Mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar
- Jika size bayi besar & mengalami kerumitan ketika melahirkan bayi, mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.
- Dan banyak lagi risiko.
Rujuk website KKM untuk info yg lebih detail > http://www.myhealth.gov.my/diabetes-semasa-hamil/
Sebab tu, ibu mengandung sangat disarankan amalkan pemakanan yang sihat & seimbang. Elakkan makanan yang manis. For me agak struggle juga nak control, sebab before pregnancy lagi I memang coffee addict. I will always start my day with coffee baru cergas nak buat kerja. It's a bad habit juga actually.
So dekat bawah ni my experience minum air gula di Klinik Kesihatan
- Start puasa a night before, at 10pm
- Come early @ KK during appointment date (bcs it will take long time, dengan perut u kosong lagi, so datang awal, siap awal, boleh makan awal)
- Step macam biasa, ambil no giliran. tunggu sampai no u dipanggil. Nurse bagi sticker slip, go to lab for urine & blood test, then minum air gula
![]() | |
|
![]() |
If u minum air gula di klinik swasta, diorang akan bagi air gula yang berperisa. Credit gambar dekat story highlight Iman Abdul Rahim |
- After minum air gula, need to wait 2 hours (tak boleh makan, minum, muntah - if u do, have to tell nurse, and kena minum lagi sekali)
- While waiting 2 hours, no u akan dipanggil untuk follow up jumpa dengan nurse.
- After 2 hours, come back at the lab, ambil darah lagi sekali. Then it's done!
- Make sure before balik, dah dapat next appointment date for follow up & dah dapat balik your buku pink
I faham lots of mommies yg takut sangat bila sebut pasal minum air gula. Yelah dengan alahan preggy, mual-mual lagi, nak kena minum pula air gula yg manis dia tu Allahu boleh sampai ke kepala. Then tak boleh muntah, minum or makan pula tu within 2 hours. My tricks nak handle this is, I datang KK paling awal that day, so that I dapat minum air gula yg baru siap dibancuh, which is masih suam-suam lagi, rasa suam tu akan kurangkan loya tu. Then masa minum tu I tak fikir banyak, just go with the flow. I set dalam otak I, ohhh manis ni macam minum boba tea jurr. HAHAHA! We are what we think kan! So mindset kita pun mainkan peranan besar jugak tau.
So how issit mommies? Nervous lagi tak? Hehe. For me minum air gula is not really a big deal. Sebab kita ibu mengandung ni, banyak lagi ujian-ujian yang bakal dihadapi in future. I always set in my mind, setiap apa ujian yang I alami, it is just temporary. Kita kan syukur Allah bagi nikmat sihat, nikmat senang, sesekali rasa struggle sikit tu is ok la. Setiap struggle tu akan habis. Allah takkan uji kita berterusan, lebih dari kemampuan kita kan. Apa pun, mohon kekuatan dari Allah, dan doa banyak-banyak Allah permudahkan & lancarkan segala urusan kita, especially sepanjang pregnancy sampai lah melahirkan nanti. Always bersangka baik.
So Mommies! Feel free to share your moments jugak ok dekat comment section below. Sharing is caring.
Thank you for reading. Have a good day!
XOXO,
Miza
0 comments
Comment Here