Tips Takluki Hati Pasangan

  1. Jadikan pasangan anda sebagai sahabat baik anda.
  2. Selalu mengirimkan pesanan kepadanya walaupun hanya berkata "i love you"
  3. Lelaki sukakan wanita yang pandai membawa diri, berdikari, dan tidak kekok dalam apa-apa situasi sekali pun.
  4. Wanita pula sukakan lelaki yang selalu mengambil berat akan dirinya.
  5. Jika melakukan kesalahan, jangan malu untuk meminta maaf.
  6. Lelaki akan ketepikan segala ego demi wanita yang dicintainya.
  7. Kata orang tua-tua, tawan hati lelaki dengan mengikat perutnya terlebih dahulu.
  8. Setiap manusia mempunyai kekurangan. Cintai pasangan anda kerana dirinya seadanya. Bukan kelebihan dan kehebatannya kerana jika suatu hari nanti kelebihan dan kehebatan itu hilang, anda akan membencinya.
  9. Beradalah di sisi pasangan anda ketika senang dan susah kerana itu adalah kunci kebahagiaan.
  10. Carilah masa untuk menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti kegemaran pasangan anda.
  11. Bila pasangan anda sedang bercakap, pandanglah matanya, berikan tumpuan dengan percakapannya, jangan bersikap sambil lewa.
  12. Jika wanita sedang marah, pujuklah hatinya dengan lembut, tanyakan kenapa.. jadilah pendengar yang setia.
  13. Jika lelaki sedang marah, limpahilah pasangan anda dengan kasih sayang. Pujuk hatinya, jika masih tidak berjaya, biarkan dia bersendiri dahulu. Bila keadaan kembali reda, dia akan kembali mencari anda. percayalah!
  14. Kaum adam biasanya akan bercakap terus-terang, berlawanan dengan kaum hawa yang lebih suka berlapik ketika bercakap.
  15. Lelaki suka menganggap segala-galanya adalah mudah dan senang dalam segala hal. Lain pula dengan wanita lebih cerewet dalam setiap perkara.
  16. Sayangi pasangan anda berpada-pada. Kerana terlalu sayang akan menjadi benci malah sebaliknya.
  17. Kadang-kadang pasangan kita juga memerlukan masa bersama keluarga dan kawan, jangan sekat kebebasannya tetapi tidak pula dibiarkan terlalu bebas. Ini bermakna, beritahu pasangan anda kemana anda ingin pergi, dan bersama siapa. Jangan timbulkan syak wasangka kepada pasangan anda.
  18. Tidak kira dimana anda berada, ingatlah status anda. Ada hati yang perlu dijaga yer. Jangan terlalu bebas bergaul, takut nanti ada yang tersangkut dengan anda. Masalah nanti.
  19. Perkenalkanlah pasangan anda kepada kawan-kawan ada yang lain, agar dirinya terasa begitu berharga buat anda.
  20. Sahabat si dia adalah sahabat anda juga, kata orang bila pasangan kita berkawan dengan kawan-kawan kita yang lain, maka dia akan lebih mengenali anda dengan dekat. Tidak timbul juga masalah di kemudian hari.
  21. Berikan kejutan buat si dia dengan memberinya hadiah, jangan tunggu untuk hari istimewa sahaja.
  22. Bawa si dia di majlis-majlis keluarga. Agar si dia tahu anda benar-benar serius dengannya.
  23. Dari mata turun ke hati. Tataplah matanya ketika bersama!
  24. Jangan lupa ucapkan 'terima kasih' untuk setiap perkara yang si dia lakukan.
  25. Tanya hati anda, mengapa mencintai dia?? kerana cinta itu cukup suci untuk dipermainkan. Cintai pasangan anda seadanya kerana si dia mencintai anda apa adanya.

0 comments