Cinta..
Menurut definisi dunia. Cinta adalah seks. Cinta adalah
berkucupan. Cinta adalah berpegangan tangan. Cinta adalah berhabisan duit
kepada pasangan. Cinta adalah keluar berdua-duaan. Cinta adalah melafaz
kata-kata indah berlebih-lebihan. Cinta adalah kemaruk, angau, lalai, alpa. Cinta
adalah menggadaikan maruah. Cinta adalah jauh daripada Allah SWT, dan melanggar
batas-batasNya.

Astaghfirullah. Begitulah cinta yang dipalitkan dengan definisi
dunia. Mungkin suatu ketika dahulu aku tergolong dalam kategori cinta di atas. Cinta
yang melafazkan kata-kata indah berlebihan. Cinta yang angau. Ya Rabb. Ampunkanlah
segala kejahilanku :’(
Tetapi itu definisi cinta yang aku kenal dahulu. Kini, baru ku
sedar definisi cinta yang sebenarnya.
“Sekiranya benar cinta, mestilah hendak bersama ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya”.
Aku mengayuh kehidupan mengejar cinta yang sebenar-benar cinta. Membina
satu disiplin untuk menjadikan ia luar biasa. Apabila aku memahami bahawa cinta
itu adalah hendak bersama ke syurga, maka aku mula membayangkan perkara-perkara
yang boleh membawa ku dan orang yang aku cintai ke syurga Allah SWT. Itu yang
aku usahakan.
Menambah kebaikan-kebaikan di dalam hidup. Mempergiatkan amalan-amalan
yang memberikan pahala dan kebersihan jiwa. Di samping berusaha mempertajamkan
adab dan sopan, walaupun mungkin untuk bahagian itu aku masih lemah hingga
kini. Ilmu berkenaan agama itu sendiri, aku perhalusi dan dalami. Urusan ibadah
itu aku usahakan untuk perkemaskan lagi. Aku berusaha agar emosi tidak mengawal
diri, tetapi keimanan adalah apa yang mengawal emosi kita.
Dan memahami betapa apa-apa yang melontar ke neraka itu bukan
cinta, maka aku mengeraskan diri dari dosa-dosa kepada Allah SWT. Sekiranya ada
juga yang aku lakukan, maka aku akan berusaha membersihkan diri dan berusaha
menanggalkannya. Sekiranya ada sikap buruk pada diri ku, aku berusaha untuk mencucinya,
rasa risau akannya, kerana tidak mahu itu semua membuatkan aku dan orang yang
aku cinta dilempar ke neraka. Aku tidak mahu orang yang aku cinta, dilemparkan
ke neraka kerana aku.
Maka semestinya, couple, kelalaian dan kealpaan kerana cinta,
fantasi kotor, dan apa-apa sahaja yang boleh membuatkan aku dan pasangan ku jauh
daripada Allah SWT, tidak ku letakkan dalam ‘to do list’. Tetapi ku ‘block’
siap-siap, dan tidak bercita-cita akannya. Kerana apa-apa yang melontar ke neraka
itu, bukan cinta pada ku.
Cinta itu fitrah. Tetapi jagalah ia dibawah syariat Islam. Peliharalah ia dibawah keimanan. Cinta itu lebih indah jika diluah selepas akad.
Aku set dari awal kembara ku di atas perjalanan ini, agar cinta ku
menjadi cinta yang luar biasa. Yang sederhana, sesuai dengan fitrah manusia
yang dibenarkan oleh Islam. Sesuai dengan ruh Islam itu sendiri, yang sederhana
dan menyenangkan. Tetapi tidak pula terlalu mudah hingga hilang segala prinsip
yang mempertahankan.
Maka
dengan definisi ini, aku bermula.
"Awak. Saya merayu agar awak memahami hati saya. Sama-samalah
kita mengembara mencari cinta yang sebenarnya cinta. Usah dikejar cinta
duniawi, sebaliknya kejarlah cinta ukhrawi."
Kita berpisah bukan kerana apa-apa pun, melainkan kerana aku ingin
mencari keredaan Ilahi. Bak kata orang tua-tua, takkan lari gunung yang
dikejar. Jika sudah tertulis di Luh Mahfuz bahawa kita mempunyai ikatan,
InsyaAllah suatu hari nanti kita akan bersatu. Andai sebaliknya, terimalah
dengan hati yang terbuka. Kerana aku pasti Allah akan memberikan yang terbaik
buatmu.
Nice sgt3 kata2 awk hamizah.. =)..semoga Allah temukan awak dgn jodoh yang setaraf cm awk.. AMIN.. =)
ReplyDelete@Husni Zaim setaraf itu tak perlu. cukup seseorang yg boleh pimpin sy ke jalan Allah :)
ReplyDelete