Sahabatku, andai kau tahu betapa dalamnya rinduku padamu sayang. Walaupun perkenalan kita begitu singkat, tetapi aku sayang kamu macam adik aku sendiri. Sahabat, aku sayang kamu kerana Allah. Kerana aku yakin, ukhuwah itu indah jika ianya kerana Allah SWT.
Sahabat, aku tidak tahu sepenuhnya kisah hidup kamu. Tetapi apa yang aku dengar suatu ketika dulu sangat menyedihkan. Sangat mengecewakan. Tetapi aku tidak pernah sesekali menyalahkan dirimu sayang, kerana aku tahu mungkin ada sebab kenapa kamu melakukan itu.
Ya Allah, kau titipkanlah rahmat dan hidayahMu kepada dia. Ya Rabb, kau bukakanlah pintu hatinya agar dia kembali ke jalan yang diredhaiMu ya Allah. Aku sayang dia ya Allah. Kau terimalah taubatnya, sesungguhnya engkau yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sahabatku, aku sentiasan mendoakanmu sayang. Semoga suatu hari nanti kamu kembali ke jalanNya. Mungkin diri kamu sekarang tidak lagi sempurna. Kembalilah kepada Allah. Bertaubatlah. Allah tunggu taubat kamu sayang.
Apa yang kamu kejar di dunia ni? Hiburan duniawi? Bahagiakah kamu dengan life macam tu? Tenangkah hidup kamu? Bolehkah hiburan itu kita bawa sebagai bekalan untuk akhirat nanti? Fikirlah sayang. Hidup di dunia hanya sementara. Hiburan dunia yang kamu dapat tu mungkin sekarang kamu rasa sangat nikmat, tetapi hakikatnya sangat terseksa di akhirat nanti. Jangan terlalu mengejar dunia hingga lupa kehidupan di alam sana.
Sahabat, kamu sayang papa kamu kan? Adik kamu? Papa kamu yang jaga kamu dari kecil, papa kamu yang mandikan kamu, sikat rambut kamu, pakaikan kamu baju. Baik kan papa? Jadi, tutuplah auratmu wahai sahabat. Jangan tarik mereka ke neraka jahannam. Kesian mereka. Jangan disebabkan kita, orang yang tersayang merana.
Aku tak mengharapkan kamu bertudung labuh, berjubah semua tu. Aku cuma harapkan kamu tutup aurat kamu dengan sempurna. Jaga pergaulan. Jauhi apa yang Allah larang, buat apa yang Allah suruh. Allah sayangkan kamu. Tapi kenapa kamu sedikitpun tak boleh ikut apa yang Allah suruh.
Kamu budak baik, sahabat yang sangat memahami dan anak yang solehah. Tinggalkan segala kemungkaran. Segala sikap lama kamu tu. Turn back to Allah. Aku sentiasa doakan kamu, support kamu dari belakang. Aku tahu sukar bagi kamu untuk tinggalkan semua tu. Memang lah mereka selalu ada dikala kamu susah atau senang. Tetapi jangan lupa, Allah pun sentiasa ada dengan kita. Setiap masa. Allah tak pernah pun tinggalkan kita. Kita je yang selalu tinggalkan Allah. Mengadulah pada Dia, Dia Maha Mendengar lagi Maha berkuasa.
salam akak ! Nak tnya tp tk berkaitan pun pasal entri atas. Akak students uniten kn ? Sy dapat mara utk buat foundation di uniten dlm perakaunan+acca . Tapi foundation dlm negara shj.. Ada tak kwn akk yg dpt mara n bt foundation mcm ni? Nak tnya mcm mna smua . Lpas tu, smbungg dgree di uniten jgak ke? Sy dlm dilema utk plih uniten/uia ?
ReplyDelete